Tempoh hari, ada seseorang yang bertanya tentang cara untuk memasak nasi goreng Cina yang sedap dalam group ini. Ada pelbagai jawapan yang diberikan termasuk yang membantu & tidak membantu 😅. Saya turut kongsikan cara saya di ruangan komen posting tersebut.
Saya gemar menonton rancangan memasak di saluran AFN & menonton video masakan di YouTube. Boleh dikatakan setiap resipi nasi goreng Cina yang dikongsikan berbeza mengikut cara yang diamalkan oleh setiap keluarga. Berdasarkan pemerhatian saya, apa-apa resipi pun boleh menghasilkan nasi goreng Cina yang sedap asalkan mempunyai 3 bahan ini iaitu serbuk lada putih, minyak bijan & daun bawang.
Saya kongsikan resipi nasi goreng Cina cara saya. Terpulang untuk masukkan apa-apa protein & sayur kegemaran di dalamnya. Hari ini, saya hanya menggunakan dada ayam & telur untuk protein & sayur campur (mixed vegetables) untuk sayurnya.
Selamat mencuba 🙂.
Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air
2 sdb kicap cair
2 sdb kicap cair
8 ulas bawang putih*
1 pokok daun bawang (bahagian putih)*
1-2 ketul dada ayam/ 10-15 ekor udang
2-3 biji telur
2 cawan sayur campur/ apa-apa sayur kegemaran
½ sdb serbuk lada putih
1 sdb minyak bijan
Daun bawang (bahagian hijau)
Cara Penyediaan:
- Masukkan beras yang telah dicuci & air ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi sudah masak, sejukkan, gemburkan & gaul dengan kicap cair.
- Kisar kering/ tumbuk kasar/ cincang bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing.
- Masukkan ayam yang telah dipotong. Biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Tolak ayam ke tepi kuali. Masukkan telur. Biarkan seketika. Tolak tarik telur dengan menggunakan sudip perlahan-lahan untuk dijadikan telur hancur.
- Masukkan nasi & sayur campur. Kacau rata & masak sehingga nasi kering.
- Masukkan pula serbuk lada putih. Kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Akhir sekali, renjiskan dengan minyak bijan. Kacau sekejap. Tutup api. Taburkan dengan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
- Boleh gunakan baki nasi yang telah disimpan semalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan