Menu makan malam yang mudah. Tapi, sebenarnya saya nak menghabiskan telur yang hampir 'expired' di dapur. Dah tau diri tengah berdiet, beli barang keperluan dapur awal bulan tempoh hari sama macam masa sebelum berdiet. Akhirnya, ada beberapa barang yang masih belum digunakan 😅.
Lauk ni, kalau buat masa sebelum berdiet, memang boleh buat saya terbabas makan nasi. Dapat nasi dengan air asam 'banjir' pun dah cukup boleh buat saya makan dengan berselera. Tapi sekarang tidak lagi. Saya berjaya mengawal kehendak diri & terus berdisiplin. Penat tau nak berdiet ni. Silap-silap boleh buat seseorang itu berputus asa di pertengahan jalan. Lagi-lagi untuk orang seperti saya. Makan sikit pun berat badan boleh naik meroket tanpa ada belas kasihan 😩.
Air asam ni, merupakan 'keeper recipe' saya. Setiap kali buat, inilah resipi yang saya gunakan selepas beberapa kali percubaan beberapa tahun lepas untuk mendapatkan rasa & tekstur yang kena dengan selera saya. Kalau saya buat air asam kerisik pun tetap menggunakan resipi yang sama dengan penambahan sedikit kerisik & sesuai dimakan bersama nasi daging 😋.
Resipi air asam ni dapat agak banyak (1 bekas makanan plastik jernih). Kalau nak buat sedikit, boleh buat ½ dari resipi yang saya kongsikan. Selain dimakan dengan telur rebus boleh juga digandingkan dengan ikan bakar & daging bakar.
Selamat mencuba 🙂.
Telur Rebus Air Asam
Bahan-bahan:
8-10 biji telur
8-10 biji telur
2 biji bawang besar*
2 biji tomato (saiz kecil)/ 1 biji tomato (saiz besar)*
4 batang cili merah*
6 biji cili padi*
2 sdb asam jawa**
½ cawan air panas**
1 sdb gula pasir**
1 sdb sos ikan/ budu**
1 sdb belacan
2 biji limau nipis
Cara Penyediaan:
- Rebus telur, kupas kulitnya & belah dua setiap telur tersebut.
- Hiris bahan-bahan yang bertanda *.
- Campurkan bahan-bahan yang bertanda **. Ramas asam jawa supaya larut & menghasilkan air asam jawa yang pekat.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris & belacan ke dalam mangkuk.
- Tapis air asam jawa ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan-bahan yang telah dihiris & perah limau nipis.
- Ramas kesemua bahan sehingga berpuas hati dengan hasilnya.
- Curahkan air asam ke atas telur rebus. Sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan