Hari ni, redup sahaja dari pagi & hujan mula turun pada lewat petang. Cuaca macam ni, memang membuatkan saya rasa mengantuk & nak bermalas-malasan sahaja sepanjang hari. Tapi, pagi tadi, saya berjaya paksa diri untuk bersenam. Cadangnya, selepas habis bersenam & mengemas rumah, saya nak melukis pola, menulis & memasak menu yang agak beria sedikit. Tapi, semuanya tak menjadi π
.
Bila dah lapar, nak tak nak saya tetap kena memasak untuk diri sendiri. Jadi, saya cuma sediakan hidangan yang mudah sahaja untuk makan malam. Saya masak sup bayam/ bayam tumis air tapi saya buat versi yang agak meriah dengan bahan-bahan tambahan yang lain. Cukuplah untuk hari ni. Alhamdulillah π€²π».
Sekarang, perut pun dah tak lapar lagi. Barulah saya rasa selesa & bertenaga untuk bersenam bagi sesi malam π€Έπ»♀️.
Selamat mencuba π.
Bayam Tumis Air
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
10 biji bebola ikan (saya letak lebih & potong dua π)
½ sdb serbuk lada hitam (kasar)
2-3 cawan (500-750 ml) air
1 batang lobak merah (potong kepada potongan batonnet)
1 ikat (300-400 g) bayam (asingkan daun & batangnya)
1 biji cili merah (hiris)
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak masak. Tumis hirisan bawang besar & bawang putih sehingga layu.
- Masukkan bebola ikan & serbuk lada hitam. Gaul rata & biarkan bebola sedikit keperangan.
- Masukkan pula air, potongan lobak merah & batang bayam. Biarkan sehingga kuah mendidih.
- Akhir sekali, masukkan daun bayam & hirisan cili merah. Perasakan dengan garam. Biarkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan