Rabu, 21 Ogos 2024

Sup Sayur


Semalam saya sibuk 'marathon' menonton drama Korea sampai lewat malam. Hari ni, barulah saya ada kerajinan nak mengedit gambar mengikut mood (rainy mood) & menulis resipi. Sup sayur ni merupakan salah satu menu yang saya sering masak di rumah sebab saya & adik sangat gemar makan sayur. Lagipun, nak memasaknya sangat mudah.

Macam biasa, bila makan sup, semestinya saya makan stail banjir. Tapi, sekarang ni saya tetap kena berjaga-jaga. Takut terlajak makan, nanti diri sendiri yang stress 😅.

Selamat mencuba 🙂.

Sup Sayur

Bahan-bahan:

1-2 biji bawang besar (hiris)*
6 ulas bawang putih (hiris)*
6 biji cili padi*
1 sdb serbuk ketumbar**
½ sdb serbuk lada putih/ lada hitam**
1-2 ketul dada ayam/ 3-4 keping kek ikan 
1-1½ L air
1 ketul kiub ayam 
1 batang lobak merah 
1 ikat sawi 
1 bungkus cendawan tiram

Daun sup 
Daun bawang 
Bawang goreng

Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga keperangan.
- Masukkan bahan-bahan yang bertanda ** & hirisan kek ikan. Gaul rata & biarkan sehingga kek ikan keperangan.
- Masukkan air & kiub ayam. Biarkan kuah mendidih.
- Selepas itu, masukkan lobak merah, sawi & cendawan. Biarkan seketika. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Tutup api. Taburkan daun sup, daun bawang & bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan