Khamis, 15 Ogos 2024

Sambal Tumis Ikan Bilis Bunga Kantan


Malam ni, saya masak 1 menu yang mudah sahaja. Itu pun sampai hampir 10 kali fikir nak masak atau cuma nak makan oat untuk makan malam. InsyaAllah, esok lusa kalau dah sihat sepenuhnya baru saya masak beria semula 😊.

Saya teringat dalam 'freezer' ada bunga kantan yang dibekukan. Maka, terjadilah menu sambal tumis ikan bilis bunga kantan yang mudah ini. Cukuplah sekadar untuk buat alas perut.

Selamat mencuba 🙂.

Sambal Tumis Ikan Bilis Bunga Kantan

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis
5 biji bawang kecil/ 1½ biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering (buang biji)*
Sedikit air asam jawa
2 kuntum bunga kantan (hiris)
Garam & gula secukupnya

Cara Penyediaan:
- Goreng ikan bilis dengan menggunakan air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit.
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ulang langkah yang sama 3-5 kali supaya sambal masak sepenuhnya, warna sambal cantik & sambal tahan lebih lama.
- Masukkan air asam jawa serta perasakan dengan gula & garam secukupnya.
- Masukkan hirisan bunga kantan. Teruskan memasak sehingga sambal sedikit kering.
- Akhir sekali, sejukkan sambal. Masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata & sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan