Selasa, 27 Ogos 2024

Sup Ayam Ala Chef Anis Nabilah


OK. Resipi sup ayam ni best. Another new recipe yang boleh jadi keeper recipe saya. Dah berminggu-minggu sebenarnya saya nak cuba resipi sup ayam yang telah dikongsikan oleh Chef Anis di IGnya. Hari ni baru sampai turn untuk masak 😅.

Overall memang sedap. Kuah dia sedikit pekat tetapi rasa dia tak heavy dengan rasa rempah. Really suits my appetite. Tapi, macam biasa, saya ada adjust sukatan bahan-bahan yang digunakan & cara memasak mengikut kebiasaan yang saya amalkan. Sebab tu nama dia SUP AYAM ALA CHEF ANIS NABILAH. Kalau nak tengok resipi & cara memasak yang asal, bolehlah tengok di IG Chef Anis.

Selamat mencuba 🙂.


Sup Ayam Ala Chef Anis Nabilah

Bahan-bahan:

½ sdb lada putih*
½-1 biji bawang kuning* 
2-3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
4 batang daun sup*

½ ekor/ 4-5 ketul ayam
4 biji kentang (belah 4-6)
1 batang lobak merah (potong baji)
1 sup bunjut

1 L air
1 biji tomato (belah 4)

Daun sup/ daun ketumbar
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis/ limau kasturi

Cara Penyediaan:
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga kering & sedikit keperangan.
- Masukkan ayam, kentang, lobak merah & sup bunjut. Kacau rata. Biarkan seketika sehingga air ayam sedikit kering.
- Masukkan air & perasakan dengan garam. Biarkan kuah mendidih, kentang empuk & ayam masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, masukkan tomato. Tutup api & taburkan dengan daun sup, daun bawang & bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Perahkan dengan limau nipis/ limau kasturi ketika hendak menjamu selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan