Sabtu, 24 Disember 2022

Kubis Goreng Mamak


Haritu, dalam group MATJHN saya terbaca posting bro Selva yang share resipi, tips & pantang larang untuk masak kubis goreng mamak ni. Jadi, harini saya try lah. Simple sangat nak buatnya & yang penting boleh makan sampai puas hati serta sedap 👍.

Kubis Goreng Mamak

Bahan-bahan:

1 sdt biji sawi
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering 
1 tangkai daun kari
1 biji (500 g) kubis
1 batang lobak merah
1 sdt serbuk kunyit
Sedikit air

Cara Penyediaan:
- Hiris bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan biji sawi, bawang yang telah dihiris, cili kering & daun kari. Tumis sehingga layu & keperangan.
- Masukkan pula kubis, lobak merah & serbuk kunyit. Gaul rata.
- Tambah sedikit air jika sayur terlalu kering. Perasakan dengan garam. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 29 November 2022

Kek Batik Indulgence

 

29 NOV
HAPPY BIRTHDAY TO MY ONLY LIL SIS

Kek batik ni, saya buat kelmarin. Tapi, disebabkan semalam saya tak berapa sihat, hari ni baru dapat potong 🙂.

Sebelum ni, saya pernah share resipi kek batik indulgence jugak. Tapi, saya agak kurang berpuas hati dengan rasa & komposisi setiap lapisan. Saya cuba lagi sampai dapat hasil yang betul- betul memuaskan. Lagi pun, saya nak try coklat brand lain.

Ntah lah kenapa kali ni kek batik saya berpeluh pulak pada bahagian ganache tu. Mungkin suhu peti sejuk terlalu rendah kot 🤔.

Ramai yang gagal nak buat kek batik indulgence ni. Ada yang kata, bila dah siap, bahagian krim keju & ganache tu 'lari' (tak melekat). Kalau nak tahu cara & tips untuk membuat kek batik indulgence ni, bolehlah baca resipi yang saya kongsikan ini sampai habis.

Resipi yang baru diolah ni, sukatan yang lebih tepat adalah dalam sukatan metrik berbanding sukatan cawan.

Selamat mencuba ❤️.


Kek Batik Indulgence

Bahan-bahan (Loyang 7x7 inci):
Lapisan Bawah

1 bungkus (300 g) biskut Marie
½ ketul (125 g) mentega
¼ cawan (60 ml) air
⅓ cawan (85 g) susu pekat manis
¼ cawan (30 g) serbuk koko
½ cawan (65 g) Milo
1 biji telur
½ sdt pes vanila

Lapisan Tengah
100 g krim putar tenusu
200 g krim keju
3 sdb (45 g) susu pekat manis
½ sdt pes vanila
1½ sdt (4 g) gelatin

Lapisan Atas
100 g krim putar tenusu
75 g coklat gelap
75 g coklat susu
½ sdb mentega
¼ sdt minyak hazelnut (pilihan)

Cara Penyediaan:
LB: - Alas loyang dengan kertas pembakar.
- Patah-patahkan biskut Marie.
- Cairkan mentega di dalam kuali.
- Masukkan air, susu pekat manis,serbuk koko & Milo. Kacau dengan whisk sehingga tidak berketul dengan api kecil.
- Masukkan pula telur & pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika.
- Selepas itu, masukkan biskut Marie. Gaul rata.
- Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Tekan sehingga padat & rata.
LT: - Campurkan gelatin dengan air panas. Biarkan sehingga gelatin larut.
- Pukul krim keju (suhu bilik), susu pekat manis, pes vanila & larutan gelatin sehingga sebati & berkrim.
- Pukul krim putar (sejuk) sehingga soft peak.
- Campurkan krim putar ke dalam adunan krim keju. Kaup balik sehingga sebati.
- Tuang adunan keju ke atas lapisan kek batik. Ratakan & biarkan di dalam peti sejuk (freezer) selama 30-40 minit.
LA: - Masukkan krim putar, coklat, mentega & minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
- Biarkan ganache suam sebelum dituang ke atas lapisan krim keju.
- Ratakan & biarkan di dalam peti sejuk semalaman-24 jam sebelum dipotong.


Tips memotong kek batik:
- Panaskan pisau. Panaskan atas api/ celupkan ke dalam air panas.
- Lap pisau dengan tisu/ kain bersih setiap kali selepas memotong.
-  Pakai pisau yang tajam & lebih panjang dari kek. Contoh, kek 10 inci, pakai pisau 11/ 12 inci.
- Tarik pisau ketika memotong. Bukan angkat ke atas.
- Biarkan kek batik pada suhu bilik lebih kurang 5 minit sebelum dipotong. Jangan potong ketika masih sejuk selepas keluar dari peti sejuk kerana pada ketika itu kek masih keras.
- Mula potong dari bahagian tengah. Kemudian, kiri & kanan. Baru boleh dapat hasilkan bilangan yang seimbang & saiz yang sama. Jika mula potong dari tepi, hasilnya potongan yang terakhir mesti akan menjadi terlebih kecil/ besar. Tapi, boleh juga sekiranya mahu mula memotong dari tepi, asalkan ukur dahulu.

Sabtu, 29 Oktober 2022

Nasi Goreng 'Leftover' Sambal Belacan


Saya ni jarang sangat breakfast. Selalunya, setakat minum air kosong je sebelum makan tengahari/ petang.

Tadi, sambil-sambil kemas fridge, terpandang lebihan sambal belacan. Sikit sangat. Dalam 2-3 sudu je. Saya pun masak la nasi. Lepas nasi masak, terus buat nasi goreng.

Dulu-dulu, bila weekend arwah mak selalu masak breakfast nasi goreng yang simple macam ni. Guna apa yang ada je. Saya yang suka makan ni, semua benda pun saya kata sedap walaupun benda tu simple 🙂.

Selamat mencuba ❤️.

Nasi Goreng 'Leftover' Sambal Belacan

Bahan-bahan:

1 pot beras
1 pot air
2-3 sdb sambal belacan
2 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 biji telur 
Sedikit sos ikan

Cara Penyediaan:
- Masak nasi seperti biasa dengan nisbah beras & air yang sama (jika tiada nasi sejuk).
- Gaul nasi dengan sambal belacan.
- Hiris bawang kecil & bawang putih.
- Panaskan sedikit minyak masak. Tumis hirisan bawang sehingga layu.
- Masukkan telur. Hancurkan.
- Seterusnya, masukkan nasi. Perasakan dengan sos ikan. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 24 Oktober 2022

Ayam Masak Halia


Menu untuk lunch & dinner saya hari ni, ayam masak halia. Akhirnya, dapat jugak resipi yang best untuk dimakan dengan nasi.

Nak masak hidangan ni, kena pastikan ada halia yang banyak untuk menaikkan rasa ayam tu. Kalau tak, mungkin akan rasa muak. Lagi satu, minyak bijan tu akan menambahkan lagi keenakan ayam masak halia ni. Terima kasih K. Shiela d'Dapoq sudi share resipi ni ❤️.

Hidangan ni, secara authentic nya tak pedas. Kalau nak pedas, tambahkan cili padi atau makan je dengan sambal belacan. Boleh guna apa-apa bahagian ayam. Tapi, kali ni, saya guna dada ayam je sebab nak habiskan stok ayam dalam freezer 😁.

Selamat mencuba ❤️.


Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:

½ ekor (500-600 g) ayam/ 4-5 ketul bahagian ayam
½ sdb serbuk lada putih
½ sdb kicap masin

½-¾ cawan halia (hiris nipis baru sukat)

3-4 ulas bawang putih (cincang)
2 inci halia (hiris)
½ biji bawang kuning (hiris)
5 tangkai cili kering
½ sdb serbuk lada putih
1 sdb sos tiram
½ sdb cuka
½-1 cawan air
1 sdt minyak bijan
Daun bawang (potong 1 inci)

Cara Penyediaan:
- Gaul ayam dengan serbuk lada putih & kicap masin.
- Panaskan minyak masak. Goreng halia yang telah dihiris nipis sehingga keperangan & garing. Angkat & ketepikan.
- Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat & ketepikan.
- Buangkan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
- Masukkan halia, bawang kuning & cili kering. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan pula ayam yang telah digoreng, serbuk lada putih, cuka & air. Gaul rata & biarkan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam.
- Titiskan minyak bijan & masukkan daun bawang. Gaul rata.
- Taburkan dengan halia goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 21 Oktober 2022

Lama Tak Masak


Dah lama teringin nak makan daging masak hitam ni. Cari-cari resipi, terbekenan dengan resipi dari YouTube K.Yan. Dah selalu sangat saya try resipi beliau & ternyata sedap sebab tak kedekut bahan. Tapi, macam biasalah, saya olah sikit mengikut citarasa saya. Ada bahan rahsia yang digunakan untuk memekat & menyedapkan masak hitam ni. Tak rugi mencuba.

Selamat mencuba ❤️.


Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:

500 g daging lembu (hiris melawan urat)
½ cawan kicap manis
¼ cawan kicap masin
2 biji bawang besar (hiris)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
10 tangkai cili kering*
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1-2 cawan air
½ sdb asam jawa + sedikit air
1 sdb kismis hitam

Cara Penyediaan:
- Perap hirisan daging dengan kicap manis & kicap masin.
- Panaskan minyak masak, goreng hirisan bawang besar sehingga layu & keperangan. Toskan minyak & ketepikan.
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
- Tumis bahan kisar & 4 sekawan sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging & kicap yang diperap. Tambahkan air. Masak sehingga daging empuk. Kacau sesekali supaya tidak hangit.
- Kisar bawang goreng bersama dengan kismis hitam.
- Apabila daging telah empuk, masukkan air asam jawa serta bawang goreng & kismis yang dikisar. Gaul rata & biarkan seketika sebelum dihidangkan.

Nota:
- Sukatan kicap boleh ditambah/ dikurangkan mengikut kesesuaian.
- Dalam resipi ini, saya tidak menambah gula & garam kerana sudah cukup rasanya.


MLCP pucuk ubi kayu ni, memang favourite saya. Kali ni, saya buat versi pior orang nismilan. Resipi ni agak pedas. Kalau tak tahan pedas, kurangkan je cili padi tu.

Selamat mencuba ❤️.


Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi Kayu

Bahan-bahan:
1 ikat (250 g) pucuk ubi kayu
4 inci kunyit*
20 biji cili padi*
Segenggam ikan bilis*
Sedikit air
1 keping asam gelugur
2 cawan (500 ml) santan sederhana pekat
Garam secukupnya

Cara Penyediaan:
- Didihkan air. Rebus pucuk ubi seketika.
- Selepas itu, tapis & bilas pucuk ubi dengan air paip.
- Perah pucuk ubi yang telah dibilas & potong daunnya supaya mudah untuk dimakan.
- Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan sedikit air.
- Masukkan bahan kisar & asam gelugur ke dalam kuali. Masak seketika sehingga hilang bau cili.
- Masukkan pula pucuk ubi & santan. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah & berketul. Perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 30 September 2022

Asam Pedas Ayam


Comfort food!

Tiba juga turn nak masak asam pedas. Sejak dua menjak ni, selalu sangat hujan. Daun kesum & daun limau purut yang saya tanam pun bukan main subur merimbun. Bunga kantan je masih tak berbunga lagi 😅.

Resipi ni memang kena dengan selera saya. Rasanya cukup masam & kuahnya pun pekat. Ayam tu, boleh juga jika nak digantikan dengan ikan/ daging tetel. Kalau nak masukkan terung/ kacang bendi pun boleh juga. Saya terlupa. Dah siap ambil gambar & nak makan, baru teringat ada kacang bendi dalam peti sejuk. Saya masukkan juga kemudian.

Selamat mencuba ❤️.

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan:

1 ekor/ 8-10 ketul ayam
12 biji bawang kecil/ 3 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit/ 1 sdt serbuk kunyit*
25-30 tangkai cili kering (buang biji)*
1 sdb lada hitam*
3 batang serai (ketuk)
1L air
3 sdb asam jawa + sedikit air
Segenggam/ secekak daun kesum
4 helai daun limau purut
1-2 kuntum bunga kantan
Terung/ kacang bendi/ jeruk sawi/ kimchi
2-3 biji tomato 
Gula & garam secukupnya

Cara Penyediaan:
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan minyak masak. Masukkan bahan kisar & serai. Tumis sehingga pecah minyak. Ulang 3-5 kali supaya warna kuah cantik, asam pedas tahan lebih lama & tidak sakit perut apabila makan. Masukkan juga gula & garam ketika menumis.
- Masukkan ayam. Kacau rata & biarkan seketika.
- Masukkan pula air, air asam jawa, daun kesum & daun limau purut. Biarkan kuah mendidih.
- Renehkan kuah & biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, masukkan kacang bendi & tomato. Biarkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 28 September 2022

Sambal Kelapa/ Sambei Nyor


Nikmat!

Dinner nasi putih, sambal kelapa & bendi celur je. Berselera sungguh ❤️.

Orang kata, nak sedap kena tumbuk. Tapi, disebabkan saya malas nak buat dapur berselerak & nak elak tangan gatal terkena biji cili, saya kisar guna food processor je. Resipi ni boleh diubah suai mengikut selera & tahap kepedasan masing-masing ya.

Selamat mencuba.

Sambal Kelapa/ Sambei Nyor

Bahan-bahan:

5 batang cili merah*
10 biji cili padi*
½ inci belacan/ 4 sdb ikan bilis*
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)*
½ biji (100 g) kelapa parut putih
Garam & gula secukupnya

Cara Penyediaan:
- Tumbuk dengan menggunakan lesung batu/ kisar dengan menggunakan food processor bahan-bahan yang bertanda *.
- Masukkan kelapa parut & perasakan dengan garam & gula secukupnya. Tumbuk lagi/ kisar sekejap-sekejap (pulse) beberapa kali sehingga sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Khamis, 22 September 2022

Ayam Masak Bawang


Hidangan ni, saya masak dengan menggunakan resipi hasil perkongsian Kak Yan di YouTube beliau dengan sedikit olahan.

Nak masak ayam masak bawang ni, memang kena gunakan banyak bawang. Dah nama pun ayam masak bawang kan 😁.

Tapi, sangat berbaloi untuk dicuba. Lagi satu bahan yang wajib ada, rempah garam masala.


Bagi peminat nasi kandar & lauk pauk kedai mamak, boleh lah cuba resipi ni. Sedap tau. Selamat mencuba ❤️.


Ayam Masak Bawang

Bahan-bahan:

1 ekor/ 10-12 ketul potongan ayam
1 sdb serbuk kunyit
1 sdt garam

4 biji bawang besar*
6 biji bawang kecil*
2 tangkai daun kari

6 biji bawang kecil**
6 ulas bawang putih**
2 inci halia**
1 batang kulit kayu manis***
2 kuntum bunga lawang***
3 biji buah pelaga***
4 biji bunga cengkih***
1 helai daun pandan***
2 sdb serbuk cili****
1 sdt serbuk jintan putih****
1 sdt serbuk jintan manis****
½ sdt garam masala****
½-1 cawan air 
2 sdb sos tomato*****
2 sdb sos cili*****
2 sdb sos tiram*****
2 sdb gula pasir/ gula perang/ madu
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
- Lumur ayam dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Ketepikan.
- Hiris nipis bahan-bahan yang bertanda *.
- Goreng hirisan bawang besar dalam minyak yang sama sehingga layu & keperangan. Angkat & toskan minyak yang berlebihan.
- Goreng hirisan bawang kecil & daun kari dalam minyak yang sama sehingga garing. Angkat & toskan minyak yang berlebihan.
- Buangkan sedikit lebihan minyak goreng. Kisar bahan-bahan yang bertanda **. Tumis bahan kisar bersama dengan bahan-bahan yang bertanda *** sehingga naik bau.
- Masukkan bahan-bahan yang bertanda **** dengan sedikit air. Masak sehingga rempah masak & pecah minyak.
- Masukkan pula ayam & bawang besar yang telah digoreng. Gaul rata.
- Masukkan air & bahan-bahan yang bertanda *****. Gaul rata. Biarkan seketika sehingga ayam masak dengan sempurna.
- Perasakan dengan gula & garam.
- Taburkan dengan ½ bahagian bawang kecil & daun kari yang telah digoreng. Gaul rata.
- Akhir sekali, taburkan dengan baki bawang kecil & daun kari goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Sabtu, 17 September 2022

Kari Daging


Daging korban ni, jiran saya bagi masa Hari Raya Aidiladha beberapa bulan yang lepas. Bila nak masak, kena plan betul-betul supaya kami dua beradik dapat makan bersama. Hari ni, bila kami berdua free & ada di rumah, baru saya masak.

Saya dapat 1 kg daging & 1 kg tulang. Disebabkan saya malas nak fikir menu untuk tulang tu, saya masukkan saja dalam kari ni.

Saya tak ada pressure cooker & tak perlu pun nak ada sebab masak pun sesekali je. Jadi, step nak memasak kari ni nampak agak panjang. Tapi, saya puas hati sangat dengan hasilnya. Kalau nak makan sedap, jangan kedekut bahan & masak ala kadar je. Kentang tu, boleh je nak tukarkan dengan rebung/ rias (umbut) pisang. Tulang tu pulak, tak nak letak pun tak apa. Boleh skip step merebus tulang.

Selamat mencuba.


Kari Daging

Bahan-bahan:
1.0 kg daging/ 1.0 kg tulang + 500 g daging lembu
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
4-5 sdb/ 2 paket kecil serbuk kari ayam & daging
2 sdb serbuk cili

8 biji bawang kecil**
6 ulas bawang putih**
3 inci halia**
6 tangkai daun kari***
2 batang kulit kayu manis***
4 kuntum bunga lawang***
6 biji buah pelaga***
8 biji bunga cengkih***

Air rebusan tulang lembu/ air secukupnya
1 sdb asam jawa + sedikit air
1 cawan santan
2-3 sdb kerisik/ 2 paket kecil
6 biji kentang

Cara Penyediaan:
- Tulang: Rebus tulang dengan air. Buang keladak yang terhasil & teruskan merebus sehingga air rebusan jernih & daging pada tulang empuk.
- Kisar bahan-bahan yang bertanda*.
- Perap daging yang telah dihiris dengan bahan kisar, rempah kari & serbuk cili selama 30 minit - 1 jam.
- Hiris nipis bahan-bahan yang bertanda**.
- Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang telah dihiris & bahan-bahan yang bertanda *** sehingga keperangan.
- Masukkan tulang yang telah direbus & daging yang diperap bersama dengan bahan perapan. Gaul rata & biarkan rempah masak.
- Tambahkan air rebusan tulang sama paras dengan tulang & daging. Biarkan sehingga mendidih & masak sehingga daging empuk (tambah air lagi jika daging belum empuk).
- Masukkan air asam jawa, santan & kerisik. Kacau rata.
- Masukkan juga kentang & perasakan dengan garam. Biarkan seketika sehingga kentang empuk. Sedia untuk dihidangkan.