Isnin, 10 November 2025

Classic Apple Crisp


Tak rajin nak buat apple pie maka terjadilah apple crisp.

Tak rajin nak buat sos salted caramel jadi nikmati sajalah dengan ais krim vanila.


Classic Apple Crisp

Bahan-bahan (Bekas kaca tahan panas bersaiz 8 inci x 8 inci):

40 g oat 
80 g tepung gandum
80 g gula perang
80 g mentega 
1 sdt serbuk kulit kayu manis



10 biji epal
3 sdb tepung gandum
3 sdb gula perang
1½ sdb jus lemon
1½ sdt esen vanila 
1½ sdt serbuk kulit kayu manis



Nota:
- Boleh abaikan penggunaan oat untuk 'topping'. Hidangan ini akan bertukar nama menjadi 'apple crumble'.
- Saya menggunakan 10 biji epal atau bersamaan dengan 5 cawan epal yang telah dipotong kiub.
- Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, disarankan supaya menggunakan epal hijau atau epal yang mempunyai isi yang agak keras.
- Boleh tambahkan jumlah penggunaan gula perang sekiranya epal yang digunakan mempunyai rasa yang masam.
- Saya bakar pada suhu 190°C selama 35 minit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan