Sambungan dari kisah kangkung yang dituai semalam 😁.
Setelah dipilih & dibersihkan, dapatlah lebih kurang 3 ikat kangkung seperti yang biasa dijual hasil dari 2 polibeg. ⅔ saya guna untuk buat nasi goreng & ⅓ lagi saya simpan untuk buat goreng belacan.
Cadangnya nak buat nasi goreng yang pedas. Tapi tak jadi. Saya buat versi sederhana pedas sahaja memandangkan adik saya seorang yang tak makan pedas. Rasa tak adil pula kalau hanya mementingkan diri sendiri 😅.
Selamat mencuba 🙂.
Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan (4-5 hidangan):
2 cawan beras
2 cawan air
2 sdb sos ikan
1 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
5-10 biji cili padi*
1 sdb belacan*
2 sdb ikan bilis*
1-2 ketul dada ayam
2 biji telur
1 ikat kangkung (saya guna lebih 🤩)
½ cawan ikan bilis (goreng)
Cara Penyediaan:
- Masak nasi dengan sukatan beras:air yang sama (sekiranya tiada nasi sejuk/ lebihan nasi).
- Setelah nasi sejuk, gaulkan dengan sos ikan.
- Kisar kering bahan-bahan yang bertanda * dengan menggunakan pemproses makanan.
- Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga keperangan.
- Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Biarkan seketika sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Masukkan pula telur & kacau rata.
- Selepas itu, masukkan nasi & kangkung (toskan sehingga kering). Perasakan dengan garam & gaul rata.
- Akhir sekali, taburkan dengan ikan bilis goreng. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
- Saya goreng ikan bilis dengan menggunakan air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan