P E M A N I S M U L U T
Geram pulak tengok serbuk agar-agar yang dah lama tersadai dalam bekas stok barang masakan kering di dapur. Tengok bahan-bahan lain yang ada, terjadilah agar-agar santan gula merah ni 😁.
Resipi ni tak berapa manis. Jadi, buat peminat dessert yang manis, bolehlah tambahkan lagi gula merah tu atau campurkan sedikit dengan gula putih.
Selamat mencuba 🙂.
Agar-agar Santan Gula Merah
Bahan-bahan (Acuan bersaiz 1 L):
10 g serbuk agar-agar
150-200 g (¾-1 cawan) gula merah (saya guna 150 g)
¼ sdt garam
1-2 helai daun pandan (simpul)
750 ml (3 cawan) air
250 ml (1 cawan) santan
1 biji telur
Cara Penyediaan:
- Masukkan serbuk agar-agar, gula merah, garam, daun pandan & air ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar & gula larut.
- Keluarkan daun pandan & tapis larutan agar-agar.
- Masukkan semula larutan agar-agar ke dalam periuk diikuti dengan santan & telur yang telah dikocok. Masak sehingga mendidih & membuak-buak.
- Kacau larutan agar-agar dengan kerap jika mahu menghasilkan kesan 'lumut' yang halus.
- Tutup api & Masukkan ke dalam acuan agar-agar.
- Sejukkan seketika & masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan agar-agar mengeras beberapa jam sebelum dihidangkan.
Nota:
- Kacau larutan agar-agar dengan kerap jika mahu menghasilkan kesan 'lumut' yang halus.
- Pakai periuk yang lebih besar dari kuantiti cecair yang digunakan supaya larutan agar-agar tidak melimpah keluar ketika mendidih.
- Dalam resipi ini, saya menggunakan gula merah Cap Bintang.
- Saya menggunakan sukatan metrik untuk resipi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan