L O V E Y O U R S E L F 💓
Bila dah semakin berusia & hidup sendiri ni, saya lebih mementingkan penjagaan kesihatan mental & emosi terhadap diri sendiri. Semakin kurang mengambil tahu mengenai kehidupan orang lain yang pernah dekat dengan saya suatu ketika dahulu hanya kerana ingin menjaga hati sendiri. Maafkan saya teman-teman lama & keluarga. Sesungguhnya, selama ini, saya tak pernah lupakan kalian semua 🫂.
Hari ni, saya buat puding jagung. Puding jagung yang saya buat ni, menggunakan resipi asas membuat agar-agar tetapi hasilnya lebih lemak berkrim & lembut serta sedap dimakan ketika masih sejuk. Nanti, bolehlah ibu ayah cuba buat dengan anak-anak sempena cuti sekolah & makan bersama dengan keluarga tersayang ❤️.
Selamat mencuba 🙂.
Puding Jagung
Bahan-bahan (7 bekas berisipadu 250 ml):
10 g serbuk agar-agar
120-150g (½-⅔ cawan) gula pasir (saya guna 120 g)
¼ sdt garam halus
2 sdb tepung kastard
800 ml (3¼ cawan) air
175 ml (¾ cawan) susu cair
125 ml (½ cawan) santan
1 tin (425 g) (1⅔ cawan) jagung berkrim
3-4 titik pewarna kuning (pilihan)
Jagung dalam tin (pilihan)
Cara Penyediaan:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Kacau dengan 'whisk' sehingga tepung tidak lagi berketul & melekat di dasar periuk.
- Panaskan larutan puding & pastikan sentiasa dikacau sehingga mendidih.
- Tutup api & masukkan puding ke dalam bekas.
- Sejukkan seketika & masukkan puding ke dalam peti sejuk sehingga set.
- Hiaskan dengan isi jagung sebelum dihidangkan.
Nota:
- Dalam resipi ini, saya menyukat bahan-bahan dengan menggunakan sukatan metrik.