Sabtu, 24 Disember 2022

Kubis Goreng Mamak


Haritu, dalam group MATJHN saya terbaca posting bro Selva yang share resipi, tips & pantang larang untuk masak kubis goreng mamak ni. Jadi, harini saya try lah. Simple sangat nak buatnya & yang penting boleh makan sampai puas hati serta sedap 👍.

Kubis Goreng Mamak

Bahan-bahan:

1 sdt biji sawi
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering 
1 tangkai daun kari
1 biji (500 g) kubis
1 batang lobak merah
1 sdt serbuk kunyit
Sedikit air

Cara Penyediaan:
- Hiris bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan biji sawi, bawang yang telah dihiris, cili kering & daun kari. Tumis sehingga layu & keperangan.
- Masukkan pula kubis, lobak merah & serbuk kunyit. Gaul rata.
- Tambah sedikit air jika sayur terlalu kering. Perasakan dengan garam. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.